Backgrounds

Saturday 17 March 2012

Agak-agak kita ni dah cukup Fastabiqulkhairat! tak?


Sejauh manakah kita ni dah Fastabiqulkhairat!???

pertama

Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...takkan pernah berkira-kira dengan orang lain...bukannya; aku dah buat semalam, aku dah sudah, kau bila pulak...

kedua

Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan mengajak dirinya dan orang lain Fastabiqulkhairat!...kau dan aku jom Fastabiqulkhairat!; Jom berjemaah! hari ni kau imam, esok aku pulak. Jom sama-sama baca quran! Jom qiamulail! Jom kutip sampah!

ketiGa

Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan rasa frust bile dia nak buat sesuatu, tapi dah ade orang lain yang buat. Rasa kalah bila rasa tak cukup Fastabiqulkhairat! bila dah ada orang lain yang buat kebaikan tu dulu; Ala...kau dah buat? aku baru je nak buat tadi...(dituturkan bukan kerana saje-saje tapi memang sebab rasa 'frust' tu ada dalam hati...)

keempat

Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...rasa tak senang duduk bila orang lain buat kebaikan, dia boleh pulak duduk senang-lenang saje-saje...;kalau orang lain dah mengemas, biar dia yang menyapu...kalau orang lain dah berzikir, dia nak baca quran pulak...

kelima

Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan sentiasa mencari kebaikan-kebaikan lain untuk dibuat setelah selesai suatu kebaikan yang dia lakukan...

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Al-Baqarah 2:148)

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa () (yaitu) orang-orang yang menginfakkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(ali-Imran :133-134)
 


No comments: